UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Carian mengenai topik JPN Melaka

Dapatkan berita terkini mengenai JPN Melaka dari Astro Awani

Remaja cekik adik: Pengetua sekolah dipanggil beri keterangan

Remaja cekik adik: Pengetua sekolah dipanggil beri keterangan

JPN Melaka telah memanggil pengetua sekolah yang didakwa berlaku kes buli hingga menyebabkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun mencekik adiknya hingga mati.
Thu Jul 06 2023
JPN Melaka laksana transaksi tanpa tunai bermula 1 Jan

JPN Melaka laksana transaksi tanpa tunai bermula 1 Jan

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka akan melaksanakan sepenuhnya transaksi tanpa tunai di kaunter cawangan Ayer Keroh dan Pusat Transformasi Bandar (UTC)bermula 1 Jan ini.
Wed Dec 28 2022
#AWANIJr: Terang di Bukit Cina

#AWANIJr: Terang di Bukit Cina

Rentetan daripada galakan Pengarah JPN Melaka untuk menubuhkan TVPSS di sekolah-sekolah di Negeri Melaka, TVPSS Hang Tuah Channel SK Duyong mengambil pendekatan berkongsi ilmu membina tvpss berdasarkan Kit TVPSS Kebangsaan kepada 14 buah sekolah di bawah Majlis Guru Besar Kawasan Bukit Cina. Muhammad Aniq Haziq Hairunaim,12 Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel membawakan perkongsian yang disampaikan oleh Guru Besar SK Duyong, Hj Mohd Fares Mustafa, 55. Beliau berkongsi ilmu bagaimana TVPSS Hang Tuah Channel berkolaboratif dengan TVPSS Terengganu dan Astro Awani Junior untuk menghasilkan siaran yang menjurus kepada kemenjadian murid.
Wed Mar 23 2022
#AWANIJr: Usia bukan penghalang cinta

#AWANIJr: Usia bukan penghalang cinta

Penampilan pertama Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel, Joshua Goh,12, dalam Program Jom Baca Bersama 10 minit yang dilaksanakan serentak di seluruh negara secara dalam talian pada 23 April 2020 di kediaman masing-masing.Warga SK Duyong juga turut serta dalam program ini secara atas talian. Siaran TVPS Hang Tuah Channel pada kali ini sangat istimewa dengan penampilan khas Dr Mohd Azam Ahmad, Pengarah JPN Melaka yang memberikan komentar hasil dapatan Program Jom Baca Bersama 10 minit peringkat Negeri Melaka, yang mana 90 peratus penyertaan dari Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Beliau berharap program membaca ini diperluaskan lagi dalam apa jua bentuk atau kaedah pembacaan agar setiap lapisan masyarakat didik dengan tabiat suka membaca sejak dari kecil.

AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
Sat Mar 19 2022
#AWANIJr: Ilmu Tanpa Sempadan

#AWANIJr: Ilmu Tanpa Sempadan

TVPSS Hang Tuah Channel SK Duyong bersiaran buat pertama kali untuk sesi 2020 dalam Majlis Pelancaran Program Nilam & Google Classroom. Kehadiran Penolong Pengarah Sektor Sumber Pendidikan Negeri Melaka, En Mohd Faizal Ramlan dan Cik Hjh Musalmah Mohamad Pegawai Seranta SK Duyong melengkapkan lagi majlis ini. Program Nilam & Google Classroom berkait rapat dengan aktiviti PAK 21 di SK Duyong yang sentiasa disokong oleh JPN Melaka. Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel Nur Qaisarah Aqilah Mohd Nazrul-Izwan,12 bersama wartawan Nur Aqilah Batrisyah Mohd Abqari,12 bersama-sama dalam majlis ini. Episod kali ini merupakan episod terakhir wartawan Nur Aqilah Batrisyah Mohd Abqari bersiaran bersama Hang Tuah Channel sebelum berpindah ke Negari di Bawah Bayu. Selamat maju jaya .
Fri Mar 18 2022
#AWANIJr: Secangkir Teh, Selaut Budi

#AWANIJr: Secangkir Teh, Selaut Budi

Tahun 2019 akan melabuhkan tirainya, TVPSS Hang Tuah Channel diberi tanggungjawab untuk majlis "Secangkir Teh, Selaut Budi" sebagai penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam jalinan kerjasama SK Duyong. Majlis diadakan dengan kerjasama Hotel Ames, Ayer Keroh, Melaka pada 8 November 2019. Kehadiran tetamu khas terutama YM Raja Hisyam Raja Zaid, penerbit Astro Awani , Hj Akram@Amir Abd Majid, Peneraju TVPSS Terengganu, Datin Hjh Mariani Hj Yahaya mewakili JPN Melaka menambahkan lagi keceriaan majlis bersama tetamu jemputan yang lain. Malahan, majlis ini juga untuk menghargai krew TVPSS Hang Tuah Channel yg bergabung tenaga dalam menghasilkan karya-karya untuk 18 episod ke Astro Awani, Awani Junior. Majlis turut menghargai jasa dan bakat Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel NurAfiqah Auni Mohd Zaidy, 12, yang akan melangkah ke sekolah menengah tahun 2020.

AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
Thu Mar 17 2022
#AWANIJr: Patah Tumbuh Hilang Berganti

#AWANIJr: Patah Tumbuh Hilang Berganti

Persaraan Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka, Datuk Haji Abu Bakar Sahari merupakan satu kehilangan besar kepada JPN Melaka. Kepakaran beliau dalam bidang ICT berjaya menjadikan JPN Melaka lebih ke hadapan dalam sistem pendidikan dalam 4 tahun beliau menjadi peneraju. Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel NurAfiqah Auni Mohd Zaidy,12, bersama Nur Aqilah Qaisarah Mohd Nazrul-Izwan,11, merakamkan detik-detik persaraan Datuk Pengarah yang dihadiri oleh semua warga pendidik Negeri Melaka.

Diharapkan, pengganti Datuk Pengarah akan lebih proaktif dalam merencana kejayaan Jabatan Pendidikan Melaka agar lebih cemerlang dalam mendidik anak bangsa.
Wed Mar 16 2022
#AWANIJr: Lambaian kasih, tuan

#AWANIJr: Lambaian kasih, tuan

"Jasamu dikenang, budimu disanjung" , begitulah ungkapan yang dapat disimpulkan kepada Timbalan Pengarah JPN Melaka , Tn Hj Mohd Rashid Hj Sidek,60 , yang telah bersara wajib . TVPSS Hang Tuah Channel SK Duyong, Melaka telah dijemput untuk bersiaran dalam majlis bersejarah ini buat kali pertama di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel NurAfiqah Auni Mohd Zaidy, 12, berkesempatan menemubual beliau yang menitipkan pesanan kepada warga pendidik Negeri Melaka. Persaraan beliau merupakan satu kehilangan besar kepada JPN Melaka serta seluruh warga pendidik negeri Melaka kerana beliau merupakan penggerak Program NILAM Negeri Melaka. TVPSS Hang Tuah Channel dan warga SK Duyong mengucapkan "Selamat Bersara Tuan & Terima Kasih".
Wed Mar 16 2022
#AWANIJr: Waris Hang Tuah diiktiraf

#AWANIJr: Waris Hang Tuah diiktiraf

Pemilihan silat seni sebagai kebitaraan Sekolah Kebangsaan Duyong, Melaka tidak dapat disangkal lagi. Pasukan Silat Seni SK Duyong bersama SMK Munsyi Abdullah telah membantu Pasukan Silat Seni Negeri Melaka merangkul Juara Keseluruhan Pertandingan Silat Seni Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 12-14 September di Manjung, Perak. Malahan, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka turut mengiktiraf kejayaan ini dengan berkongsi kejayaan Pasukan Silat Seni Negeri Melaka dalam Perhimpunan Bulanan JPN buat pertama kalinya setelah 5 tahun Silat Seni menyumbang dalam kemenjadian murid di SK Duyong,Melaka. Detik ini dirakamkan oleh Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel NurAfiqah Auni Mohd Zaidy,12 bersama jurukamera Hang Tuah Channel Nur Qaisarah Aqilah Mohd Nazrul-Izwan,11 di Dewan Bestari, JPN Melaka.
Wed Mar 16 2022
Jabatan Pendidikan Melaka pantau isu keciciran murid sekolah

Jabatan Pendidikan Melaka pantau isu keciciran murid sekolah

Langkah itu bagi memastikan murid terlibat dapat dibantu dalam pelbagai aspek.
Sat Dec 11 2021
JPN Melaka siasat dakwaan sekolah paksa ibu bapa beli kerusi, meja

JPN Melaka siasat dakwaan sekolah paksa ibu bapa beli kerusi, meja

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka melakukan siasatan dakwaan ibu bapa dipaksa membeli kerusi dan meja untuk sesi persekolahan anak mereka.
Thu Jan 02 2020